Friday, 1 November 2013

MAJLIS ANGKAT SUMPAH JAWATAN ANGGOTA BARU KOR SUKSIS UM 2013/2014



MAJLIS ANGKAT SUMPAH JAWATAN ANGGOTA BARU KOR SUKSIS UM 2013/2014


Lokasi      :Dewan serbaguna Pusat Sukan Universiti Malaya
Tarikh      : 31 Oktober 2013
Masa       : 2.00 ptg


      Pada 31 Oktober 2013 yang lepas bertempat di Dewan Serbaguna Pusat Sukan Universiti Malaya telah berlangsung majlsi angkat sumpah bagi anggota baru Kor SUKSIS Universit Malaya. Seramai 74 orang anggota junior dengan rasmi bergelar anggta kor suksis yang baru.

      Majlis tersebut dirasmikan oleh Professor Datuk Dr Rohana bt Yusof yang juga merupakan komandan Kor SUKSIS Universiti Malaya, turut hadir pada program tersebut ialah Pengarah Pusat Sukan Universiti Malaya, pegawai - pegawai kehormat dan juga penerima Anugerah DiRaja pada konvokesyen Universiti Malaya yang lepas iaitu Inspektor SP Abd Aziz bin Rekan. Beliau sempat berkongsi sedikit sebanyak pengalaman beliau bersama anggota - anggota kor suksis pada majlis tersebut dan sedikit sebanyak berjaya menyuntik semangat.



Inspektor Abd Aziz bin Rekan penerima Anugerah DiRaja Universiti Malaya 2013













































Disclaimer : All pictures are belongs to the right owner of photographer



jurugambar : Hasrul


Friday, 25 October 2013

TAKLIMAT ISU-ISU KESELAMATAN BERSAMA CAWANGAN KHAS BUKIT AMAN

TAKLIMAT KESELAMATAN BERSAMA CAWANGAN KHAS BUKIT AMAN

Lokasi          :Auditorium Perdana Siswa
Tarikh          :21 Oktober 2013
Penceramah :SAC DATUK MOHD SUFIAN BIN MD MAKINUDDIN



     Pada 21 Oktober 2013 bertempat di Auditorium Perdana Siswa telah berlangsung satu taklimat mengenai isu-isu keselamatan bersama cawanagan khas Bukit Aman. Program yang dihadiri anggota senior, inter dan junior itu diadakan bagi memeberi pencerahan mengenai tugas-tugas anggota polis di Cawangan Khas. Program tersebut ditaklimatkan oleh SAC Datuk Mohd Sufian Bin MD Makinuddin .










































Disclaimer : All pictures are belongs to the right owner of photographer




Jurugambar :Shahmi

Monday, 21 October 2013

Majlis Perpisahan SM Jamal

Ucapan SM Jamal dipetik daripada laman facebook




Assalamualaikom,salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Kesempatan ini saya merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Kor SUKSIS U.Malaya kerana telah memberi ruang untuk saya menabur bakti kepada anak bangsa yang menyertai pasukan ini selama lebih kurang 4 tahun lebih.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada teraju Kor SUKSIS U.Malaya Y.DH Prof Datuk Dr.Rohana Komandan Kor SUKSIS U.Malaya serta barisan Pegawai Kehormat yg lain - Tn Yusof/Tim.Komandan,Tn Hairolnezam/Ajutan Tn Rozaini serta Pn Naziah kerana telah memberi kerjasama yg erat dalam kita melicinkan setiap program yg direncanakan buat anggota Kor SUKSIS U.Malaya.Terima kasih juga kepada Peg.Latihan Pn Nor HUsniza serta barisan Jurulatih yang telah memberi kerjasama padu dalam setiap program yg dirancangkan walau pun ada ketikanya kita ada berseliseh pendapat,tapi dapat diatasi atas semangat kerjasama yang jitu demi untuk mencapai kejayaan serta kepuasan dalam perkhidmatan.Terima kasih yang tidak terhingga buat Tn Foo kerana telah memberi semangat serta dorongan motivasi serta memberi ruang kepada saya di Kor SUKSIS U.Malaya semasa saya berada dalam proses rayuan pertukaran sehingglah saya mendapat keputusan pertukaran yang baru.Kepada anak anak buah Kor SUKSIS U.Malaya,terima kasih saya ucapkan kerana memberi kerjasama serta semangat dalam melaksanakan setiap arahan serta peraturan yang telah di tetapkan demi memantapkan lagi pasukan.
Terima kasih kepada anda semua,budi dan jasa kalian pasti kekal selagi hayat di kandung badan- insya allah.Juga terima kasih jua kepada rakan lain yang telah bertukar SM Sharen,Sjn Husni(B) Sjn Zahudi,Kpl Zul,Kpl Amir & Kpl Ita.Segala apa yang baik itu dengan izin tuhan yang maha kuasa manakala kelemahan yang berlaku itu adalah kekurangan yang akan saya atasi dari masa ke masa.Maaf kan saya serta selamat maju jaya Kor SUKSIS U.Malaya.




video majlis perpisah SM Jamal