SUKSIS MOUNTAIN EXPEDITION (SIMEX) GUNUNG LEDANG

Posted by SuksisUM12 on 00:58 with No comments

SUKSIS MOUNTAIN EXPEDITION (SIMEX) GUNUNG LEDANG


JURUGAMBAR
KS 42404 MUHAMAD NUR BIN LOKMAN

EDITOR
KS 42400 MOHD SHAHMI HAKIMI BIN MAZLISHAH





               Pada 1 Mac 2014, skuad intermediate Kor Suksis Universitti Malaya telah melakarkan satu sejarah dimana seramai 39 orang anggota berjaya menawan Puncak Mahligai, puncak tertinggi di Gunung Ledang. Lebih membanggakan kesemua anggota yang mendaki berjaya sampai ke puncak walaupun perjalanan naik mengambil masa 7jam 30 minit dan turun lebih kurang 5 jam. Pendakian yang bermula jam 8.30 pagi di Taman Negara Lagenda, Sagil, Ledang, Johor dan berakhir pada jam 9 malam. Pada pendakian ini 2 orang pegawai dan 2 orang jurulatih turut serta iaitu ASP Foo Chek Seng, ASP KS Dr Nazia, Sarjan Ashari dan Koperal Abidin.

            Pendakian yang melibatkan kesemua checkpoint yang terdapat di Gunung Ledang iaitu checkpoint 1 hingga 8. Pendakian ini telah membuktikan anggota kor suksis juga mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang kuat disamping semangat kerjasama yang tinggi di kalangan anggota. Untuk makluman Gunung Ledang merupakan gunung ke-6 paling mencabar untuk didaki dimana Gunung Tahan pada tempat pertama dan Gunung tertinggi di asia tenggara Gunung Kinabalu ke-13 paling mencabar untuk didaki. Pendakian Gunung Ledang ini juga memberi impak yang amat mendalam terhadap peserta, hal ini kerana ianya bukan sahaja memberi pengalaman yang amat bernilai malah mengajar banyak perkara yang sama pentingnya dengan pengajaran didalam kelas.



























































































        Sesungguhnya kerjayaan pendakian ini tidak akan berjaya tanpa semangat kerjasama daripada para pegawai, jurulatih, dan anggota Kor Suksis Universiti Malaya sendiri dan sememangnya tidak akan terlaksana tanpa komitmen daripada ahli jawatankuasa projek terutamannya pengarah projek saudari Syazwani Farahiyah binti Md Ismail. Pendakian ke puncak Gunung Ledang ini mempunyai banyak faedahnya dan program seperti ini di harap dapat diteruskan kesinambungannya di gunung-gunung yang lain samada dalam mahupun di luar negara oleh para anggota Kor Suksis Universiti Malaya sendiri. Marilah kita sama-sama menyokong SIMEX 2 yang insyallah boleh dilaksanakan kelak.


Categories: