Saturday 20 February 2016

PERKHEMAHAN KOR SUKSIS 1MALAYSIA 2016(CAMPS1M 2016)

Hari Ketiga (4 Febuari 2016)



Selepas melakukan aktiviti jasmani, LDK seterusnya dijalankan. Para peserta diberi sebiji telur, surat khabar dan straw. Mereka diminta untuk menggunakan bahan yang diberikan untuk melindungi telur itu dari pecah ketika di uji. LDK ini menguji kreativiti para peserta di samping memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan mereka. Setelah itu aktiviti diteruskan dengan Water Confident. Pada malam pula, para peserta di beri masa bagi melakukan persiapan persembahan malam mesra.













Hari Kelima (5 Febuari 2016)


  Jasmani terakhir dijalankan pada sesi pagi di ikuti dengan LDK Air 4 Liter. Seterusnya, aktiviti explorace dibuat di sekitar kawasan Kampung Pasir Putih. Terdapat 5 checkpoints yang perlu dilalui oleh setiap kumpulan. Antara tugasan yang perlu dilakukan oleh setiap kumpulan ialah mengisi air dalam botol dengan mata tertutup, makan ‘Sandwich Detox’ a.k.a roti belacan, ‘Water Bubbling’, lompat getah dan sempadan botol. Aktiviti berikutnya ialah sukaneka bersama-sama pelajar Kor Kadet Polis. Permainan yang menarik dalam sukaneka ini adalah mencari benang dalam tepung, pancing botol, ‘Transfer CD ier’, bom air dan isi air dalam botol menggunakan apa saja barang yang ada di tubuh peserta. Aktiviti Malam terakhir CAMPS1M 2016 ialah Malam Mesra yang merupakan aktiviti kemuncak perkhemahan ini. Pelbagai persembahan menarik disajikan dan persembahan nyanyian daripada para jurulatih dan para peserta.












Hari Keenam (6 Febuari 2016)

Hari ini merupakan hari terakhir para peserta berada di Kalumpang. Tepat jam 10 pagi, Majlis Perasmian Penutup CAMPS1M 2016 berlangsung.Majlis ini dirasmikan oleh Commisioner Polis Dato’ Acryl Sani Bin Abdullah Sani yang merupakan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Di Raja Malaysia, Bukit Aman.














Moga CAMPS1M kali ini membuka ruang baru dalam menjalinkan persahabatan di antara ketiga-tiga skuad Kor SUKSIS Universiti  Malaya dan UA yang lain.



Sunday 14 February 2016

PERKHEMAHAN KOR SUKSIS 1MALAYSIA 2016 (CAMPS1M 2016)


Jurugambar
KS/42516 ABDUL RAJIS BIN NASIR  
KS/42565 FATIN MYRA BINTI HANIM


Editor
KS/42521 AMINUDDIN BIN ABDULLAH
KS/42490 HASNAH BINTI HASSAN

              Perkhemahan Kor SUKSIS 1Malaysia 2016 (CAMPS1M 2016) akhirnya telah berlangsung dengan jayanya di Kalumpang Resort and Training Centre, Kampung Pasir Puteh, Hulu Selangor. CAMPS1M 2016 bermula pada 2 Februari 2016 sehingga 6 Februari 2016. Perkhemahan edisi kali ini berjaya menghimpunkan seramai 164 orang anggota Kor SUKSIS yang terdiri daripada 119 anggota Kor SUKSIS Universiti Malaya dan lima buah Universiti Awam (UA) yang lain. Antaranya Universiti Putra Malaysia (9 anggota), Universiti Kebangsaan Malaysia (9 anggota), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (9 anggota), Universiti Pendidikan Sultan Idris (9 anggota) dan Universiti Malaysia Terengganu (9 anggota). Selain itu, CAMPS1M 2016 turut disertai oleh Kor Kadet Polis seramai 108 pelajar dari lima buah sekolah sekitar kawasan Hulu Selangor. Sekolah yang turut menjayakan CAMPS1M 2016 ialah SMK Ampang Pecah, SMK Taman Bunga Raya, SMK Bandar Baru Batang Kali, SMK Syed Mashor dan SMK Gedangsa bersempena dengan NBOS : 1 Aman Week.

              Objektif penganjuran CAMPS1M 2016 ialah untuk membina ukhuwah di antara anggota tahap 1 (Junior), tahap 2 (Intermediate) dan tahap 3 (Senior) Kor SUKSIS Universiti Malaya dan UA yang terlibat. Seterusnya, bagi mengukuhkan integrasi antara anggota Kor SUKSIS termasuk pengawai dan jurulatih. Disamping itu, CAMPS1M 2016 dapat melahirkan anggota Kor SUKSIS yang berkeyakinan, berkaliber, dan berintegriti selain meningkatkan pembangunan modal insan. Ia juga melahirkan anggota Kor SUKSIS yang berdisiplin, berdaya saing dan bersedia untuk memberikan sumbangan serta berbakti secara sukarela kepada masyarakat kampus khususnya dan masyarakat luar amnya.






Hari pertama (2 Febuari 2016)


  Para peserta sampai di tapak perkhemahan sekitar jam 11 pagi. Setelah sampai, para peserta diminta untuk memasang khemah di tapak yang disediakan. Selepas itu, memulakan LDK (latihan dalam kumpulan) yang pertama iaitu Ice Breaking. Seterusnya para peserta di minta untuk memberi nama kumpulan mereka berdasarkan tema iaitu kuih tradisional Malaysia melalui LDK kedua iaitu Group Identity. Setiap kumpulan diberi kain putih untuk melukis logo dan moto kumpulan mereka. Antara nama-nama yang di pilih ialah Cucur Udang, Vadey, Kuih Lapis, Onde-onde, Akok, Lepat Ubi, Cucur Badak, Lompat Tikam, Pau, Donut, Kuih Pelita, Bahulu, Cekodok, Koci dan Kuih Bangkit. Aktiviti di waktu malam pula ialah Night Walk yang dikendalikan oleh pekerja Kalumpang Resort itu sendiri.








ajk-ajk dan fasi-fasi kebanyakannya semua tinggi paras bumi je :P