Majlis Perpisahan SM Jamal

Posted by SuksisUM12 on 03:48 with No comments
Ucapan SM Jamal dipetik daripada laman facebook




Assalamualaikom,salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Kesempatan ini saya merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Kor SUKSIS U.Malaya kerana telah memberi ruang untuk saya menabur bakti kepada anak bangsa yang menyertai pasukan ini selama lebih kurang 4 tahun lebih.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada teraju Kor SUKSIS U.Malaya Y.DH Prof Datuk Dr.Rohana Komandan Kor SUKSIS U.Malaya serta barisan Pegawai Kehormat yg lain - Tn Yusof/Tim.Komandan,Tn Hairolnezam/Ajutan Tn Rozaini serta Pn Naziah kerana telah memberi kerjasama yg erat dalam kita melicinkan setiap program yg direncanakan buat anggota Kor SUKSIS U.Malaya.Terima kasih juga kepada Peg.Latihan Pn Nor HUsniza serta barisan Jurulatih yang telah memberi kerjasama padu dalam setiap program yg dirancangkan walau pun ada ketikanya kita ada berseliseh pendapat,tapi dapat diatasi atas semangat kerjasama yang jitu demi untuk mencapai kejayaan serta kepuasan dalam perkhidmatan.Terima kasih yang tidak terhingga buat Tn Foo kerana telah memberi semangat serta dorongan motivasi serta memberi ruang kepada saya di Kor SUKSIS U.Malaya semasa saya berada dalam proses rayuan pertukaran sehingglah saya mendapat keputusan pertukaran yang baru.Kepada anak anak buah Kor SUKSIS U.Malaya,terima kasih saya ucapkan kerana memberi kerjasama serta semangat dalam melaksanakan setiap arahan serta peraturan yang telah di tetapkan demi memantapkan lagi pasukan.
Terima kasih kepada anda semua,budi dan jasa kalian pasti kekal selagi hayat di kandung badan- insya allah.Juga terima kasih jua kepada rakan lain yang telah bertukar SM Sharen,Sjn Husni(B) Sjn Zahudi,Kpl Zul,Kpl Amir & Kpl Ita.Segala apa yang baik itu dengan izin tuhan yang maha kuasa manakala kelemahan yang berlaku itu adalah kekurangan yang akan saya atasi dari masa ke masa.Maaf kan saya serta selamat maju jaya Kor SUKSIS U.Malaya.




video majlis perpisah SM Jamal