Friday 25 October 2013

TAKLIMAT ISU-ISU KESELAMATAN BERSAMA CAWANGAN KHAS BUKIT AMAN

TAKLIMAT KESELAMATAN BERSAMA CAWANGAN KHAS BUKIT AMAN

Lokasi          :Auditorium Perdana Siswa
Tarikh          :21 Oktober 2013
Penceramah :SAC DATUK MOHD SUFIAN BIN MD MAKINUDDIN



     Pada 21 Oktober 2013 bertempat di Auditorium Perdana Siswa telah berlangsung satu taklimat mengenai isu-isu keselamatan bersama cawanagan khas Bukit Aman. Program yang dihadiri anggota senior, inter dan junior itu diadakan bagi memeberi pencerahan mengenai tugas-tugas anggota polis di Cawangan Khas. Program tersebut ditaklimatkan oleh SAC Datuk Mohd Sufian Bin MD Makinuddin .










































Disclaimer : All pictures are belongs to the right owner of photographer




Jurugambar :Shahmi

Monday 21 October 2013

Majlis Perpisahan SM Jamal

Ucapan SM Jamal dipetik daripada laman facebook




Assalamualaikom,salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Kesempatan ini saya merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Kor SUKSIS U.Malaya kerana telah memberi ruang untuk saya menabur bakti kepada anak bangsa yang menyertai pasukan ini selama lebih kurang 4 tahun lebih.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada teraju Kor SUKSIS U.Malaya Y.DH Prof Datuk Dr.Rohana Komandan Kor SUKSIS U.Malaya serta barisan Pegawai Kehormat yg lain - Tn Yusof/Tim.Komandan,Tn Hairolnezam/Ajutan Tn Rozaini serta Pn Naziah kerana telah memberi kerjasama yg erat dalam kita melicinkan setiap program yg direncanakan buat anggota Kor SUKSIS U.Malaya.Terima kasih juga kepada Peg.Latihan Pn Nor HUsniza serta barisan Jurulatih yang telah memberi kerjasama padu dalam setiap program yg dirancangkan walau pun ada ketikanya kita ada berseliseh pendapat,tapi dapat diatasi atas semangat kerjasama yang jitu demi untuk mencapai kejayaan serta kepuasan dalam perkhidmatan.Terima kasih yang tidak terhingga buat Tn Foo kerana telah memberi semangat serta dorongan motivasi serta memberi ruang kepada saya di Kor SUKSIS U.Malaya semasa saya berada dalam proses rayuan pertukaran sehingglah saya mendapat keputusan pertukaran yang baru.Kepada anak anak buah Kor SUKSIS U.Malaya,terima kasih saya ucapkan kerana memberi kerjasama serta semangat dalam melaksanakan setiap arahan serta peraturan yang telah di tetapkan demi memantapkan lagi pasukan.
Terima kasih kepada anda semua,budi dan jasa kalian pasti kekal selagi hayat di kandung badan- insya allah.Juga terima kasih jua kepada rakan lain yang telah bertukar SM Sharen,Sjn Husni(B) Sjn Zahudi,Kpl Zul,Kpl Amir & Kpl Ita.Segala apa yang baik itu dengan izin tuhan yang maha kuasa manakala kelemahan yang berlaku itu adalah kekurangan yang akan saya atasi dari masa ke masa.Maaf kan saya serta selamat maju jaya Kor SUKSIS U.Malaya.




video majlis perpisah SM Jamal



Monday 7 October 2013

LEADERSHIP DEVELOPMENT AND TEAMBUILDING



LEADERSHIP DEVELOPMENT AND TEAMBUILDING

LOKASI                  :JERAM BESU
TARIKH                  :4 HINGGA 6 OKTOBER 2013
PENGLIBATAN     :20 ORANG ANGGOTA SUKSIS (INTER, SENIOR, SUPER SENIOR)
ANJURAN              :STUDENT EMPOWERMENT AND RESEARCH UNIT (SERU)



            Pada 4 hingga 6 Oktober lalu, seramai 20 anggota SUKSIS UNIVERSITI MALAYA telah menghadiri satu kem kepimpinan di Jeram Besu, Raub, Pahang. Program dianjurkan pihak SERU dan melibatkan lebih kurang 25 orang peserta. Objektif program ini dijalankan adalah untuk melatih nilai kepimpinan, kreativiti, semangat berpasukan, mementingkan masa dan lain-lain. Para peserta diuji dengan pelbagai permainan yang memerlukan daya pemikiran dan kerjasama yang tinggi bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan. Selain itu, para peserta juga dilatih bagi mengatasi ketakutan seperti tinggi dan air.








penginapan yang disediakan selesa, satu khemah satu orang lengkap tilam dan bantal



peserta diajar cara menggunakan kompas dan membaca peta grid untuk digunakan dalam aktiviti New Horizon



peserta dipecahkan kepada 3 buah kumpulan yang memerlukan setiap pasukan mencipta logo kumpulan msaing masing





refleksi aktiviti setiap kali selepas selesai sesuatu game



aktibiti abseiling menguji keberanian setiap peserta dan menghilangkan ketakutan terhadap ketinggian






game The New Horizon mencabar setiap ahli kumpulan, game ini memberi pelbagai pengetahuan baru seperti cara membaca peta dan menggunakan kompas dengan betul. Aktiviti ini dimulakan dengan setiap kumpulan perlu mencari satu komponen yang telah diberikan koordinat permulaan dan koordinat komponen tersebut. Semasa aktiviti ini dijalankan para peserta akan diuji fizikal dan mental seperti diserang gerila beberapa kali, ketua kumpulan memainkan peranaa yang penting dalam aktiviti ini.
Melalui aktiviti ini juga para peserta diajar supaya membaca arahan dengan betul (dalam bahasa inggeris) dan memahami situasi. Aktiviti ini juga mengajar peserta membuat rundingan yang bijak bagi mengelakkan sesuatu yang lebih buruk dan untuk mendapatkan kepentingan bersama.



bom yang digunakan oleh para peserta bagi mematahkan serangan gerila orang asli.

The Giant

The Giant merupakan salah satu game dalan The New Horizon yang memerlukan daya pemikiran yang tinggi disamping pembahagian tugas bagi menyelesai masalah yang diberi. Oleh kerana game ini didalan The New Horizon para peserta tidak terlepas daripada diserang oleh gerila orang asli. Pembahagian masa juga amat penting bagi mengelakkan dikenakan penalti.




pemandang sepanjang aktiviti The New Horizon










sambutan hari lahir salah seorang peserta



Proffesor Shamsinar yang turut serta menjadi peserta dalam program ini.














water rafting

aktiviti air dijalan berdekatan dengan sungai, water confident, water rafting. Peserta diuji supaya terjun kedalam jeran yang deras dan dalam. Aktiviti berjaya menghilangkan ketakutan kepada air.


Lefternan Kolenel (R) A Aziz Bin O.K Marican
Coarse Director







peserta bersama fasilitator (Datin Putri, Lefternan kolonel (R) Abd Aziz, Kapten Hasnul, Encik Edwin, Encik Zainal, Encik Acai,)






Disclaimer : All pictures are belongs to the right owner of photographer

Jurugambar : Shahmi