MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN & PENYAMPAIAN SIJIL PELANTIKAN PEGAWAI KOR SUKSIS IPTA KE-11 TAHUN2015




MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN  & PENYAMPAIAN SIJIL PELANTIKAN PEGAWAI KOR SUKSIS IPTA KE-11 TAHUN2015

JURUGAMBAR
SKUAD 12

EDITOR
INSP. SP MOHD SHAHMI HAKIMI BIN MAZLISHAH


Tarikh 16 Ogos 2015 merupakan satu tarikh keramat bagi semua anggota Kor SUKSIS Universiti Malaya Skuad 12 kerana telah berjaya menamatkan latihan suksis dan telah ditauliahkan sebagai Inspektor Sukarelawan Polis di Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Seramai 47 orang pegawai SUKSIS UM berjaya menamatkan latihan tersebut yang bermula 6 Ogos hingga 16 Ogos 2015 selama 10 hari. Pentaulihan tersebut juga disertai oleh semua Kor SUKSIS dari seluruh IPTA di Malaysia dimana ianya disertai oleh seramai 1026 orang anggota.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YDH. Tan Sri Dato Sri Khalid bin Abu Bakar, ketua polis negara serta dihadiri oleh pesuruhjaya-pesuruhajaya polis, pengarah-pengarah jabata PDRM, ketua polis johor, ketua-ketua polis negeri, komandan-komandan Kor SUKSIS IPTA, dan tetamu kehormat yang lain.

Dengan tamatnya majlis ini maka tamatlah perjuangan skuad 12 di dalam Kor SUKSIS UM. Sememangnya penglibatan dalam badan beruniform ini memberi seribu satu kenangan dan sememangnya tidak dapat dilupakan. Maka saya bagi pihak skuad 12 mengucapkan ribuan terima kasih kepada komandan Kor SUKSIS UM, YDH. ACP KS Prof. Datuk Dr Rohana Bt Yusof, pegawai-pegawai kerhormat SUKSIS UM, Pegawai penyeleras SUKSIS UM ASP Roslee, Pegawai latihan Insp. Nur Husniza Wee, Ketua Jurulatih SUKSIS UM Sarjan Mejar Sukarmin, Ketua Jurulatih Skuad 12 Sarjan Hamzi dan Koperal Mt Nor, Koperal Latifah, barisan jurulatih Sarjan Animah, Sarjan Ashari, Koperal Abidin, Encik Faiz. Tidak lupa juga kepada DSP Foo Chek Seng, Sarjan Kamarudzaman, Sarjan Wahab, Koperal Faizal, dan seluruh warga Kor SUKSIS UM. Sesungguhnya jasa-jasa pengorbanan jurulatih-jurulatih tidak dapat dibalas namun hanya ucapan terima kasih dapat dihulur.

Walaubagaimanapun, jika ada salah dan silap kami semua memohon maaf. Semoga satu hari nanti kita dapat bersua lagi dan berkumpul lagi. Salam satu Malaysia, Salam satu PDRM dan Salam satu SUKSIS UM. SUKSIS IS ONE. 

Terima kasih.


'SANG SAKA BIRU'