KEM PERKHEMAHAN SUKSIS 1MALAYSIA (HARI KETIGA) 2014

Posted by SuksisUM12 on 20:37 with No comments

KEM PERKHEMAHAN SUKSIS 1MALAYSIA (HARI KETIGA) 2014

JURUGAMBAR
INSPEKTOR SP MOHD AZHAR ZAKARIA

EDITOR
KS 42400 MOHD SHAHMI HAKIMI MAZLISHAH


Kem Perkhemahan Kor Suksis 1Malaysia masuk hari ketiga dimana menyediakan aktiviti yang mencabar dan menarik. Kem yang melibatkan 10 kor suksis seluruh negara ini anjurang Kor Suksis UM ini menjadi platform yan penting dalam mengeratkan lagi hubungan, bukan sahaja di kalangan anggota Kor Suksis UM malah antara wakil-wakil daripada IPTA yang lain. Hal ini, dibuktikan dengan jelas pada hari ketiga, semua anggota bekerjasama antara satu sama lain dimana para anggota didedahkan dengan aktiviti yang mencabar dimana memerlukan kekuatan fizikal dan mental.

Seperti hari kedua, aktiviti di kem perkhemahan ini dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku dan polis sedia berkhidmat, seterusnya aktiviti senaman pagi, senaman 'Gummy Bear' dan nyanyian lagu tema kem perkhemahan ini iaitu lagu pelita yang diuruskan oleh AJK aktiviti kem perkhemahan ini.




































Aktiviti yang menarik pada hari ketiga adalah Jungle Trekking, para peserta melalui hutan, anak sungai dan mendaki bukit bagi menyelesaikan aktiviti ini.Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang sejam tamat di Kalumpang Resort and Training Centre. Aktiviti ini mencabar kekuatan fizikal dimana para peserta perlu mendaki bukit.






























Sebaik sahaja tamat Jungle Trekking, para peserta melalui satu lagi aktiviti yang mencabar iaitu River Crossing. Melalui sungai yang dalam paras kepala, melalui arus sungai yang deras dan melalui batu-bata yang licin merupakan cabaran yang perlu diatasi bagi semua peserta. Alhamdulillah semua peserta berjaya menamatkan aktiviti River Crossing ini walaupun ada diantara peserta yang bermasalah pada mulanya namun dengan semangat dan sokongan daripada ahli kumpulan, mereka dapat mengatasinya.













































Disclaimer : All pictures are belongs to the right owner of photographer


Categories: , ,