KEM PERKHEMAHAN SUKSIS 1MALAYSIA (CAMPS1M) 2015

KEM PERKHEMAHAN SUKSIS 1MALAYSIA (CAMPS1M) 2015

JURUGAMBAR
KS42401 MUHAMAD ALI ASWAD BIN ASNGADU
KS 42446 SYAZWANI FARAHIYAH BT MD ISMAIL

EDITOR
    KS42456 CHAI CHUAN WEI

         Kem Kor SUKSIS 1 Malaysia merupakan kem perkhemahan tahunan Kor SUKSIS Universiti Malaya dan edisi kali ini merupakan kali kedua diadakan dengan jemputan daripada Kor suksis universiti-universiti lain. Pada edisi kali ini, kem ini akan diadakan di Kalumpang Resort di Hulu Selangor dengan penyertaan daripada 6 universiti yang lain iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia(UPM), dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Seramai 114 orang peserta yang menyertai KEM CAMPS1M 2015 Kem ini akan diadakan pada 13 hingga 17 April 2015. Selain itu, objektif program ini adalah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan antara anggota kor suksis.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti meredah hutan selama 6 jam, water confidence( river crossing) , pertandingan memasak, Explorace, malam mesra dan pelbagai latihan dalam kumpulan(LDK) yang menarik.

Sepanjang kem dijalankan, para peserta perlu menyediakan makanan masing-masing dan juga tinggal di dalam khemah yang dibina sendiri. Kem ini bukan sahaja merapatkan hubungan silaturahim antara anggota senior, inter, dan junior malah anggota-anggota suksis daripada IPTA luar juga. Selain itu, pelbagai pengalaman, idea, dan cadangan dikongsikan bersama. Semangat berpasukan ditonjolkan oleh semua peserta kem kali ini, syabas dan tahniah. Ucapan syabas jupa perlu diberikan kepada semua AJK kem kali ini terutamanya pengarah dna timbalan pengarah initu Muhammad Nor Azreen dan Syazwani Farahiyah atas usaha gigih dan penuh dedikasi dalam menjayakan program ini. 

Tetamu kehormat yang dijemput untuk majlis penutup Kem Kor Suksis 1 Malaysia adalah SAC Saiful Azly Kamaruddin dan ACP Prof Datuk Dr. Rohana Bt. Yusof, ACP Sharifah ,ASP Roslee, pegawai-pegawai kanan PDRM, pemilik Kalumpang Resort and Training Centre, dan tetamu kehormat yang lain.




VIDEO TAYANGAN MULTIMEDIA : https://youtu.be/EadsRUSGBjg




































































































                                                Disclaimer : All pictures are belongs to the right owner of photographer