Wednesday 26 February 2014

LATIHAN INTENSIF PRA-SUKSIS MOUNTAIN EXPEDITION (SIMEX) GUNUNG LEDANG, JOHOR

LATIHAN INTENSIF PRA-SUKSIS MOUNTAIN EXPEDITION (SIMEX) 
GUNUNG LEDANG, JOHOR


JURUGAMBAR / EDITOR
KS 42404 MUHAMAD NUR BIN LOKMAN




Pada 28 Februari 2014, Skuad Intermediate KOR SUKSIS Universiti Malaya akan mengikuti pendakian ke Gunung Ledang di Johor. Sehubungan dengan itu, latihan bersepadu telah dijalankan. Latihan bersepadu ini bermula pada minggu terakhir cuti semester yang lepas dan berakhir pada hari ini iaitu 26 Februari 2014. 

Tujuan Latihan ini diadakan adalah untuk meningkatkan stamina serta kecergasan dari segi fizikal dan mental yang menjadi bekala semasa ekspedisi pendakian tersebut. Walaupun dengan kesibukan pada permulaan pembelajaran pada semester 2 ini, komitmen yang diberikan adalah pada tahap yang amat memuaskan. Hampir kesemua daripada anggota skuad intermediate KOR SUKSIS UM berjaya menghabiskan latihan bersepadu ini dengan jayanya.






























ALHAMDULILLAH, syukur dengan nikmat yang diberikan. Diharap ekspedisi pendakian ini dapat berjalan dengan lancar mengikut perancangan. INSYAALLAH, doakan keselamatan kami disana nanti. ^_^


Saturday 22 February 2014

PELANCARAN "GO TO SAFETY POINTS" BERSAMA PETRON PERINGKAT KONTINJEN KUALA LUMPUR

PELANCARAN "GO TO SAFETY POINTS" BERSAMA PETRON PERINGKAT KONTINJEN KUALA LUMPUR


JURUGAMBAR / EDITOR
KS 42404 MUHAMAD NUR BIN LOKMAN


      Pada 22 Februari 2014 telah diadakan Majlis Pelancaran Kempen "GO TO SAFETY POINTS" bersama PETRON peringkat Kontinjen Kuala Lumpur. Seramai 45 orang anggota daripada skuad INTERMEDIATE telah turut serta dalam majlis pelancaran ini. Kempen ini telah dilancarkan sendiri oleh Ketua Polis Kontinjen Kuala Lumpur, YDH. Senior DCP Datuk Seri Mohmad bin Salleh. 



































Sekian, Terima kasih. :)