LAWATAN SKUAD INTER SUKSIS UM KE PASUKAN GERAKAN UDARA



LAWATAN SKUAD INTER SUKSIS UM KE PASUKAN GERAKAN UDARA

TARIKH               : 23/1/2014
LOKASI               : PANGKALAN UDARA SUNGAI BESI



Pada 23 Januari 2014, skuad inter Suksis Universiti Malaya telah mengadakan satu lawatan ilmiah ke Pangkalan Udara PDRM Sungai Besi dimana menempatkan Pasukan Gerakan Udara PDRM dan aset-aset lain. Melalui lawatan ini para anggota telah memperolehi pelbagai informasi mengenai Pasukan Gerakan  Udara ini seperti misi, visi, organisasi, fungsi pasukan ini, aset-aset udara PDRM, sejarah penubuhannya, dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pasukan ini.

Melalui Pasukan Gerak Udara (PGU), kekuatan PDRM dalam membanteras jenayah dipertingkatkan saban tahun semenjak penubuhannya. Hal ini disebabkan fungi pasukan ini yang meluas dan kebolehannya dalam membantu unit lain dalam PDRM untuk mencegah jenayah seperti kerjasama antara unit VAT 69, PGA, trafik, Jabatan Perikanan dan lain-lain. Selain daripada pencegahan jenayah, unit ini juga berfungsi sebagai unit ehsan dimana pasukan ini terlibat dalam pelbagai aktiviti yang melibatkan orang ramai seperti memberi pertolongan kepada mangsa banjir dan membawa pesakit dari kawasan pedalaman.


Para anggota diberikan taklimat ringkas mengenai Pasukan Gerakan Udara ini.







Penceramah pada sesi taklimat, Inspektor Kamal










































Majlis penyampaian cenderahati darpada wakil Suksis UM kepada wakil Pangkalan Udara PDRM SSungai Besi.


JURUGAMBAR : ASWAD