PERBARISAN PENGHARGAAN DAN PEMBUKAAN LATIHAN PALAPES DAN KOR SUKSIS UNIVERSITI MALAYA


PERBARISAN PENGHARGAAN DAN PEMBUKAAN 
LATIHAN PALAPES DAN KOR SUKSIS 
UNIVERSITI MALAYA

JURUGAMBAR
KS 42390 HARIZ IZAAN BIN KAMARUDZAMAN

EDITOR
KS 42400 MOHD SHAHMI HAKIMI BIN MAZLISHAH



Pada 9 Mac 2014 telah berlangsung perbarisan pembukaan latihan PALAPES dan Kor SUKSIS Universiti Malaya yang disertai lebih kurang 300 anggota kadet daripada PALAPES Darat, Laut dan Kor Suksis Universiti Malaya. Perbarisan yang julung-julung kali diadakan di hadapan Dewan Tunku Canselor dihadiri oleh mantan Komandan PALAPES Universiti Malaya, Y.Bhg Kol (K) Tan Sri Ghauth Jasmon, Komandan Kor SUKSIS Universiti Malaya ACP KS Kehormat Profesor Datuk Dr Rohana Bt Yusof serta tetamu kehormat yang lain.

Perbarisan ini diadakan bagi menghargai jasa mantan Komandan PALAPES UM Y.Bhg Tan Sri atas jasa beliau dalam memajukan badan beruniform di Universiti Malaya terutamanya PALAPES dan Kor SUKSIS. Beliau memulakan perkhidmatan sebagai komandan PALAPES pada tahun 2007 dan berkhidmat selama 5 tahun dalam badan beruniform tersebut.




















































































Jutaan terima kasih juga kepada Tuan Foo, Puan Husniza dan jurulatih-jurulatih yang tidak jemu melayan karenah kami seperti anak-anak mereka sendiri. Sifat kelembutan dalam ketegasan mereka ini telah membuatkan kami berasa seolah-olah tiada jurang yang begitu besar. Gelak ketawa, senda gurauan semakin merapatkan ukhuwwah antara kami. Semoga KOR SUKSI Universiti Malaya ini terus maju dan maju di masa akan datang.



Disclaimer : All pictures are belongs to the right owner of photographer