PERMOHONAN BARU PENGAMBILAN ANGGOTA KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA SISWI

Posted by SuksisUM12 on 02:29 with No comments


PERMOHONAN BARU PENGAMBILAN ANGGOTA KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA SISWI 


Setiap tahun Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi menyediakan tempat lebih kurang 70 orang bagi pengambilan anggota baru. Para pelajar yang berminat akan diberi penerangan yang rapi dan boleh menghadiri temuduga dan ujian fizikal yang dikendalikan oleh anggota polis daripada Pusat Latihan Polis (PULAPOL).

Pemakaian semasa temuduga adalah formal manakala bagi ujian fizikal adalah pakaian sukan berkasut. Kebiasaannya, temuduga dan ujian fizikal diadakan pada hari yang sama, jadi para pelajar diminta membawa pakaian bagi temuduga dan ujian fizikal. Ujian urine juga diadakan pada hari yang sama.

Soalan-soalan yang biasa ditanya semasa temuduga adalah seperti nama ketua polis negara, nama-nama menteri, soalan global dan tempatan dan soalan berfikir.

Para pelajar yang berjaya akan dihubungi.

PERMOHONAN SESI 2015/2016 SECARA ONLINE DIBUKA PADA 30 OGOS 2015 - 4 SEPTEMBER 2015


Pelajar-pelajar yang berjaya akan dihubungi dan perlu menghadiri sesi temuduga pada
Tarikh : 12/9/2015 - 13/9/2015 & 19/9/2015 - 20/9/2015
Tempat : PEJABAT KOR SUKSIS UNIVERSITI MALAYA, ARAS BAWAH, BLOK F, KOMPLEKS PERDANA SISWA, UM
Pakaian : SUKAN


KELEBIHAN MENGANGGOTAI SUKSIS UM
  • 6 JAM KREDIT PERCUMA
  • JAMINAN KEDIAMAN KOLEJ 12 SEHINGGA HABIS PEMBELAJARAN
  • PAKAIAN ASAS SUKSIS PERCUMA
  • MAKANAN SEMASA LATIHAN PERCUMA
  • ELAUN RM6 SEJAM (SEMINGGU 8 JAM) TIDAK TERMASUK ELAUN LAWATAN DAN SEBAGAINYA.
  • PELUANG MELAWAT KE LUAR NEGARA
  • PELUANG MENGGUNAKAN M-16, REVOLVER
  • PELUANG MEMPERLAJARI SELOK BELOK KEPOLISAN
  • LATIHAN MEDAN PASUKAN GERAKAN AM, MENEMBAK, AMALI BALAI
  • DITAULIAH SEBAGAI INSPEKTOR SP 

ELAUN
- elaun latihan RM 6.00 x 1 jam = seminggu RM 48
-elaun tahunan (bounty)
   - saguhati penuh = RM 520.00 (latihan melebihi 380 jam)
   - saguhati tiga suku = RM 390.00 (Latihan melebihi 240 jam - 379 jam)
   - saguhati separuh = RM 260.00 (Latihan 120 jam - 239 jam)
_________________________________________________________________________________
PETIKAN SINAR HARIAN 17 OGOS 2014
PDRM SERAP KOR SUKSIS ISI JAWATAN INSPEKTOR

KOTA BHARU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menyerap Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk mengisi jawatan di peringkat Inspektor.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Datuk Wira Ayub Yaakob berkata, pengambilan khas akan dibuka bagi memberi peluang kepada bakal graduan untuk mengisi jawatan tersebut selain mengurangkan kadar pengangguran di negara ini.

"Kita sedang mengkaji pelaksanaan ini dan dari segi teorinya kita tiada masalah kerana mereka sudah menjiwai bidang polis ini seperti latihan kawad, undang-undang dan serba sedikit amali tentang tugas kepolisan.

"Pelaksanaan akan dibuat secepat mungkin dan sekarang ini kita sedang mengkaji bersama di Jabatan Pengurusan kita dan secara prinsip telah dipersetujui cuma dari aspek pelaksanaan mekanisma sedang dibuat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan dengan warga PDRM Kontinjen Kelantan, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) di sini, hari ini.

Katanya, lebih 20,000 alumni Suksis pula akan diserap untuk menjadi sukarelawan polis.

Beliau berkata, pihaknya bakal menubuhkan Kor Suksis Intitut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang melibatkan 20 IPTS di negara ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ayub berkata, sehingga Jun lepas jenayah di negara ini telah menurun sebanyak 10.7 peratus berbanding tempoh sama tahun 2013.

"Bagi negeri Kelantan pula, kes jenayah menurun sebanyak 5.6 peratus tetapi kita perlu mengambil inisiatif yang lebih berkesan dan agresif untuk kurangkan kes terutama kes kecurian kenderaan yang menyumbang 40 peratus kes jenayah di negeri ini," katanya.

Beliau berkata, kes kecurian kenderaan terutama motosikal dan kenderaan semakin meningkat dan langkah proaktif perlu diambil bagi mengurangkan jenayah tersebut.

"Kes ini meningkat mungkin disebabkan faktor geografi yang bersempadanan dengan Malaysia-Thailand," katanya. - Bernama

_____________________________________________________________________________________________




Categories: