Monday 22 December 2014

MAJLIS KESYUKURAN SARJAN KAMARUDZAMAN DAN SARJAN WAHAB



MAJLIS KESYUKURAN SARJAN KAMARUDZAMAN DAN SARJAN WAHAB

Tarikh : 13 Disember 2014
Tempat : Kompleks Perdana Siswa

Pada 13 Disember 2014 telah berlangsung satu majlis ringkas bagi meraikan kenaikkan pangkat 2 orang jurulatih Kor SUKSIS UM yang amat disayangi iaitu Sarjan Kamrudzaman dan Sarjan Wahab. Turut hadir pada majlis tersebut adalah pegawai kehormat akademik  Kor SUKSIS UM ASP/KS Dr Nazia bt Abdul majid, pegawai latihan Kor SUKSIS UM Inspektor Nur Husniza, para jurulatih, anggota senior, intermediate dan junior Kor SUKSIS UM. Turut hadir anggota super senior daripda skuad 11.

Disini juga kami daripada pihak Kor SUKSIS UM mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Sarjan Kamrudzaman dan Sarjan Wahab atas jasa dan pengorbanan mereka selama ini. Walaubagaimanapun ini tidak bermakna ianya satu perpisahan.

































Disclaimer : All pictures are belongs to the right owner of photographer
copyright suksisum

Saturday 1 November 2014

MAJLIS ANGKAT SUMPAH SKUAD JUNIOR 2014/2015 DAN PEMAKAIAN BAR SKUAD INTERMEDIATE DAN SENIOR


MAJLIS ANGKAT SUMPAH SKUAD JUNIOR 2014/2015 DAN PEMAKAIAN BAR SKUAD SENIOR DAN INTERMEDIATE

Jurugambar/Editor
KS 42400 MOHD SHAHMI HAKIMI BIN MAZLISHAH

Alhamdulillah pada 1 November 2014 telah berlangsung majlis angkat sumpah skuad junior batch 14 bertempat di Dewan Gemilang, Kolej Kediaman Raja Dr Nadzrin Shah, Universiti Malaya. Seramai 39 pelatih lelaki and 39 pelatih wanita telah mengangkat sumpah dan dengan rasminya menjadi sebahagian daripada keluarga Kor SUKSIS UM dan PDRM.

Turut berlangsung majlis pemakaian bagi skuad senior and intermediate. Majlis ini dirasmikan oleh  YDH SAC Wan Zainuddin bin Ahmad, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis  Kontinjen Kuala Lumpur dan turut dihadiri oleh Komandan Kor SUKSIS UM YDH ACP KS Prof Datuk Dr Rohana Binti Yusof. serta barisan pegawai-pegawai kanan PDRM, pegawai muda Kor SUKSIS, barisan jurulatih dan para anggota Skuad senior dan intermediate.























































Dengan selesai program angkat sumpah skuad 14 yang baru ini, maka Kor SUKSIS UM menjadi lengkap dan sudah bersedia untuk meneruskan latihan. Diharapkan kepada anggota-anggota yang baru supaya menggunakan peluang keemasan ini dengan sebaiknya untuk mendapat pelbagai pengalaman sepanjang 3 tahun menjadi anggota Kor SUKSIS UM dan juga bersiap sedialah untuk perlaksanaan pelbagai projek dan latihan yang pastinya mencabar tetapi cukup bermakna.

Disclaimer : All pictures are belongs to the right owner of photographer
copyright suksisum