LATAR BELAKANG KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA SISWI

Posted by SuksisUM12 on 08:02 with No comments


LATAR BELAKANG KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA SISWI


Penubuhan Kor SUKSIS adalah dibawah peruntukkan undang-undang mengikut Akta Polis 1967. Penubuhan Kor ini adalah bagi mengisi "vacuum" dari segi penglibatan orang ramai dalam Polis DiRaja Malaysia yang telah diisi oleh Kor Kadet Polis (Sekolah Menengah) dan Sukarelawan Polis (PVR). Konsep penubuhan Kor SUKSIS ini adalah bagi memberi didikan kepada golongan pelajar-pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara 'Informal' dan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti berfaedah yang boleh membentuk sahsiah diri dalam aspek kerohanian dan jasmani.

Koe SUKSIS Universiti Malaya telah ditubuhkan pada 5 Februari 2004 dengan pengambilan seramai 62 pelajar ( 32 lelaki - 30 wanita ) yang telah berjaya di dalam proses temuduga . Pengambilan pelatih akan dipilih dari kalangan pelajar-pelajar tahun (1) pengajian ijazah. Mereka yang sesuai akan ditemuduga oleh lembaga temuduga, lulus tapisan jenayah / keselamatan dan disahkan sihat oleh pegawai perubatan.

Latihan-latihan bagi anggota-anggota SUKSIS meliputi latihan asas kepolisan dan lain-lain aktiviti seperti perkhemahan dan lawatan sambil belajar di semua jabatan dan cawangan "Polis DiRaja Malaysia". Anggota-anggota Kor SUKSIS juga boleh di gerakkan bagi penugasan kepolisan apabila diperlukan dari semasa ke semasa.


Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) merupakan salah satu badan beruniform yang ditubukan di universiti-universiti awam diseluruh Malaysia. Tujuan penubuhannya adalah bagi mendedahkan para pelajar tentang ilmu kepolisan serta sebagai subjek kokurikulum di universiti. Selain itu, penubuhannya juga bertujuan menarik minat para graduan yang telah ditauliahkan sebagai inspektor Kor Suksis untuk menyertai Polis Diraja Malaysia.

Penyertaan para pelajar dalam Kor SUKSIS juga mampu membantu para graduan untuk mendapatkan pekerjaan, disamping meningkatkan lagi nilai jati diri dan patriotisma dalam diri para pelajar. Nilai-nilai softskill juga diterapkan didalm modul-modul pembelajaran dalam kor SUKSIS bagi memastikan pegawai yang ditauliahkan berdaya maju.

Para anggota Kor SUKSIS juga diberikan pelbagai kelebihan semasa pembelajaran di universiti seperti hostel, elaun, makanan, pakaian uniform, 6 jam kredit percuma dan banyak lagi. Para anggota juga berpeluag menrancang projek-projek atas kelolaan Kor SUKSIS seperti Suksis Mountain Expedition (SIMEX), Suksis International Visit (SIEV), Projek Jalinan Masyarakat dan banyak lagi. Selain itu, modl-modul yang disediakan memberikan peluang kepada para anggota bagi merasai pengalaman memegang senjata api, latihan Seni Mempertahankan Diri, T-Baton, ilmu perang, dan banyak lagi.

SEJARAH SUKSIS







Blog KOR SUKSIS UM diasaskan oleh SKUAD 12

Categories: