KEM PERKHEMAHAN SUKSIS 1MALAYSIA (HARI KEDUA) 2014

Posted by SuksisUM12 on 00:13 with No comments

KEM PERKHEMAHAN SUKSIS 1MALAYSIA (HARI KEDUA) 2014

JURUGAMBAR
INSPEKTOR SP MOHD AZHAR ZAKARIA

EDITOR
KS 42400 MOHD SHAHMI HAKIMI MAZLISHAH




Kem Perkhemahan Suksis 1Malaysia hari kedua diteruskan lagi dengan aktiviti yang menarik seperti ikthiar hidup dimana para peserta dikehendaki menyembelih ayam yang dijaga mereka dan dijadikan sup. Melalui aktiviti ini para peserta didedahkan dengan pelbagai pengetahuan seperti cara menyembelih ayam, membersihkan ayam, menyalakan api, menyediakan sup dan yang paling penting melalui aktiviti semangat kerjasama jelas ditonjolkan antara ahli pasukan walaupun dari kor suksis yang berbeza.














kehadiran Tuan Hairolnezam dan Tuan Rozaini bersama Pengurus Kalumpang Resort and Training Centre Encik Hasni.





















Sembang Kopi Bersama Komandan SUKSIS Universiti Malaya YDH ACP Profesor Datuk Dr Rohana Bt Yusof




Slot sembang kopi bersama Komandan Suksis Universiti Malaya memang dinantikan oleh semua pihak terutamanya anggota Kor Suksis Universiti Malaya dan anggota kor suksis daripada IPTA yang lain. Slot ini merupakan platform yang penting bagi semua pihak untuk berkongsi idea, cadangan dan sememangnya mendekatkan diri lagi dengan komandan Suksis Universiti Malaya. Sepanjang slot ini berlangsung pelbagai persoalan dan cadangan diutarakan oleh bukan sahaja anggota Kor Suksis UM malah juga diutarakan oleh anggota kor suksis daripada IPTA yang lain. Slot ini telah membuka mata ramai pihak akan kepentingan networking bersama IPTA lain bagi menambahbaik lagi kor suksis di seluruh negara. Idea dan cadangan daripada anggota kor suksis disambut baik oleh Datuk komandan dan insyallah melalui diskusi ini, kor suksis bukan sahaja Universiti Malaya malah semua IPTA yang lain akan mendapat kebaikan dan kelebihan.











Komandan Suksis Universiti Malaya juga tidak ketinggalan merasmikan Kem Perkhemahan Kor Suksis 1Malaysia.













'cheers' daripada peserta Kem Perkhemahan Kor Suksis 1Malaysia  Cheers Takut Tak Takut dan Cheers Suksus 1Malaysia.





Aktiviti riadah pada waktu petang diteruskan lagi dengan pertandingan tarik tali dalam sungai. Walaupun tali putus namun saingan sengit dapat dilihat dalam semua kategori. Tahniah kepada semua para pemenang.








Disclaimer : All pictures are belongs to the right owner of photographer




Categories: , ,