KEM PERKHEMAHAN SUKSIS 1MALAYSIA 2014 (HARI PERTAMA DAN KEDUA)

Posted by SuksisUM12 on 06:52 with No comments

KEM PERKHEMAHAN SUKSIS 1MALAYSIA (HARI PERTAMA) 2014

JURUGAMBAR
INSPEKTOR SP MOHD AZHAR ZAKARIA

EDITOR
KS 42400 MOHD SHAHMI HAKIMI MAZLISHAH

    



       Kem perkhemahan yang dinanti-nantikan oleh semua pihak terutamanya oleh anggota Kor SUKSIS Universiti Malaya telah melabuhkan tirainya semalam bertempat di Kalumpang Resort and Training Centre, Pasir Putih, Hulu Selangor. Kem perkhemahan ini disertai oleh 162 orang anggota Kor Suksis yang terdiri daripada anggota Kor Suksis Universiti Malaya (UM) serta beberapa orang anggota Kor SUKSIS daripada 9 IPTA lain  iaitu daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM),  Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Sains Malaysia (USM), Univeristi Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan wakil JTK Kolej Kediaman Raja Dr Nadzrin Shah, Universiti Malaya.

   Program anjuran Suksis Universiti Malaya ini bermula dari 3 Februari hingga 8 Februari 2014 dimana program lawatan bagi wakil Suksis daripada IPTA luar diadakan sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Manakala pada 4 Februari 2014, seminar pencegahan jenayah telah diadakan di Auditorium Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya yang turut dihadiri YDH CP Dato' Wira Ayub Hj Yaakob, Pengarah Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Bukit Aman, serta Tuan Kamal Affandi Hashim, penganalisis jenayah dan pegawai-pegawai yang lain.

    Program julung kali diadakan ini berjaya mengumpul anggota suksis daripada 10 IPTA termasuk UM memberi impak yang amat ketara dalam mewujudkan satu ikatan atau networking antara anggota Kor Suksis seluruh Malaysia. Manakala pada 5 Februari 2014 anggota Kor Suksis UM serta IPTA yang lain bergerak ke Kem Perkhemahan Kalumpang Resort, Pasir Putih , Hulu Selangor. Perkhemahan ini yang juga dikenali sebagai Perkhemahan Kor Suksis 1Malaysia adalah kem tahunan anjuran Kor Suksis UM yang objektifnya bagi mengeratkan hubungan antara skuad Junior, Inter dan Senior, walaubagaimanapun saban tahun kem ini ditambah nilainya dengan menjemput penyertaan daripada anggota Kor Suksis daripada IPTA yang lain dan juga daripada ahli jawatankuasa tindakan kolej, Kolej Kediaman Raja Dr Nadzrin Shah. Seramai 17 orang wakil daripada Kor Suksis IPTA serta 5 orang JTK Kolej Raja Dr Nadzrin Shah menyertai kem ini.


 Hari pertama - Ketibaan para peserta Perkhemahan Kor Suksis 1Malaysia daripada Universiti Malaya.

Pada hari pertama para anggota menyertai program latihan dalam kumpulan yang diuruskan oleh AJK perkhemahan. Program Break the Ice ini diadakan bagi mengenali dengan lebih rapat antara anggota kor Suksis.

Pada malamnya pula diadakan LDK yang bertajuk the detective. Aktiviti ini menguji semangat kerjasama antara ahli pasukan serta keupayaan para anggota untuk berfikir dengan kreatif berdasarkan fakta dan bukti. Aktiviti ini amat menarik kerana para anggota mempunyai pandangan yang berbeza-beza mengenai satu kes namun mempunyai sebab alasan yang kukuh bagi menyokong hujah mereka.































 Sesi break the ice antara ahli kumpulan bagi meningkatkan mutu kerjasama dalam kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan dibahagikan secara rawak.


Antara peserta daripada Kor Suksis IPTA dan JTK semasa slot memperkenalkan diri masing - masing.



JTK Kolej






















Aktiviti riadah pada waktu petang hari pertama iaitu permainan pancing botol dan boling kelapa. Setiap kumpulan diberi seekor ayam sebagai amanah untuk dijaga selama sehari. Pelbagai pengajaran diperoleh melalui amanah yang diberikan.




















Sesi tazkirah antara maghrib dan isyakpada hari pertama yang disampaikan oleh anggota Kor Suksis UM sendiri.



Latihan dalam kumpulan selepas solat isyak the detective mengikut kumpulan masing-masing dimana semua kumpulan diberikan satu kes yang perlu diselesaikan dengan mencari maklumat melalui ahli kumpulan daripada kumpulan yang lain.









HARI KEDUA

     Hari kedua Kem Perkhemahan Kor Suksis 1Malaysia dimulakan dengan solat subuh dan tazkirah subuh. Kemudiannya, sarapan pagi dan senaman pagi yang diuruskan sendiri oleh AJK program.



Aktiviti pertama bersama ayam yang telah diamanahkan adalah explorace. Kemudiannya word puzzle, marathon, ikhtiar hidup dimana ayam yang diamanahkan perlu disembelih dan dimasak sup.



























BERSAMBUNG

Disclaimer : All pictures are belongs to the right owner of photographer

Categories: , ,