Sunday, 25 January 2015
SuksisUM12
Jurukamera :
KS 42404 Muhamad Nur Lokman
Editor:
KS 42456 Chai Chuan Wei
Sekali lagi ketiga-tiga skuad anggota Kor SUKSIS Universiti Malaya
telah menghadiri latihan menembak yang berlangsung di Lapang Sasar Ibu Pejabat
Polis Daerah Bentong Pahang dari 21 Januari hingga 22 Januari 2015. Latihan tahun
ini dimulakan dengan latihan menembak Revolver 0.38 dan diikuti dengan rifle
M-16. Kali ini, skuad Junior anggota Kor Suksis telah mendominasi dalam latihan
menembak dengan menggondolkan kedua-dua anugerah Penembak Terbaik Lelaki dan
Perempuan manakala bagi Penembak Terbaik Keseluruhan dimenangi oleh President
Skuad Inter.
Latihan menembak kali ini juga dimeriahkan dengan pertandingan
menembak yang diadakan pada sebelah petang 22 Januari di mana beberapa tetamu
kehormat dari cabang KL, Bukit Aman dan lain lain yang dijemput hadir telah menunjukkan penampilan mantap
serta bergaya dalam pertandingan menembak tersebut .
Disclaimer : All pictures are belongs to the right owner of photographer
Monday, 22 December 2014
MAJLIS KESYUKURAN SARJAN KAMARUDZAMAN DAN SARJAN WAHAB
MAJLIS KESYUKURAN SARJAN KAMARUDZAMAN DAN SARJAN WAHAB
Tarikh : 13 Disember 2014
Tempat : Kompleks Perdana Siswa
Pada 13 Disember 2014 telah berlangsung satu majlis ringkas bagi meraikan kenaikkan pangkat 2 orang jurulatih Kor SUKSIS UM yang amat disayangi iaitu Sarjan Kamrudzaman dan Sarjan Wahab. Turut hadir pada majlis tersebut adalah pegawai kehormat akademik Kor SUKSIS UM ASP/KS Dr Nazia bt Abdul majid, pegawai latihan Kor SUKSIS UM Inspektor Nur Husniza, para jurulatih, anggota senior, intermediate dan junior Kor SUKSIS UM. Turut hadir anggota super senior daripda skuad 11.
Disini juga kami daripada pihak Kor SUKSIS UM mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Sarjan Kamrudzaman dan Sarjan Wahab atas jasa dan pengorbanan mereka selama ini. Walaubagaimanapun ini tidak bermakna ianya satu perpisahan.
Disclaimer : All pictures are belongs to the right owner of photographer
copyright suksisum
Saturday, 1 November 2014
MAJLIS ANGKAT SUMPAH SKUAD JUNIOR 2014/2015 DAN PEMAKAIAN BAR SKUAD INTERMEDIATE DAN SENIOR
MAJLIS ANGKAT SUMPAH SKUAD JUNIOR 2014/2015 DAN PEMAKAIAN BAR SKUAD SENIOR DAN INTERMEDIATE
Jurugambar/Editor
KS 42400 MOHD SHAHMI HAKIMI BIN MAZLISHAH
Alhamdulillah pada 1 November 2014 telah berlangsung majlis angkat sumpah skuad junior batch 14 bertempat di Dewan Gemilang, Kolej Kediaman Raja Dr Nadzrin Shah, Universiti Malaya. Seramai 39 pelatih lelaki and 39 pelatih wanita telah mengangkat sumpah dan dengan rasminya menjadi sebahagian daripada keluarga Kor SUKSIS UM dan PDRM.
Turut berlangsung majlis pemakaian bagi skuad senior and intermediate. Majlis ini dirasmikan oleh YDH SAC Wan Zainuddin bin Ahmad, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan turut dihadiri oleh Komandan Kor SUKSIS UM YDH ACP KS Prof Datuk Dr Rohana Binti Yusof. serta barisan pegawai-pegawai kanan PDRM, pegawai muda Kor SUKSIS, barisan jurulatih dan para anggota Skuad senior dan intermediate.

Dengan selesai program angkat sumpah skuad 14 yang baru ini, maka Kor SUKSIS UM menjadi lengkap dan sudah bersedia untuk meneruskan latihan. Diharapkan kepada anggota-anggota yang baru supaya menggunakan peluang keemasan ini dengan sebaiknya untuk mendapat pelbagai pengalaman sepanjang 3 tahun menjadi anggota Kor SUKSIS UM dan juga bersiap sedialah untuk perlaksanaan pelbagai projek dan latihan yang pastinya mencabar tetapi cukup bermakna.
Disclaimer : All pictures are belongs to the right owner of photographer
copyright suksisum
Subscribe to:
Posts (Atom)