PROGRAM JALINAN MESRA RUMAH TITIAN KASIH, TITIWANGSA

Posted by SuksisUM12 on 21:38 with 1 comment


PROGRAM JALINAN MESRA RUMAH TITIAN KASIH, TITIWANGSA

JURUGAMBAR
KS 42382 Affan Nasruddin bin Roshidi

EDITOR
KS 42400 Mohd Shahmi Hakimi Bin Mazlishah

Alhamdulillah satu lagi program telah berjaya dilaksanakan iaitu program Jalinan Mesra Rumah Titian Kasih bertempat di Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 3 Mei 2014. Program ini diadakan adalah bertujuan meringankan beban Rumah Titian Kasih ini serta memberi peluang kepada anggota SUKSIS mendekati golongan-golongan yang kurang bernasib baik ini. Dalam program ini juga, anak-anak Rumah Titian Kasih yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM baru-baru ini diraikan dalam satu majlis penyampaian cenderamata yang disampaikan oleh Pegawai Penyelaras SUKSIS UM, ASP Foo Chek Seng.

Program ini dikemudikan oleh seorang pengarah iaitu KS 42402 Muhammad Helmi bin Abdul serta timbalan pengarah KS 42418 Hani Husniani binti Hussin. Alhamdulillah program yang diadakan berjalan dengan lancar dan sempurna. Program seperti ini sememangnya memberi banyak faedah dan kebaikan bukan sahaja kepada anggota Kor SUKSIS UM malah kepada masyarakat. Moga program seperti dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan.


























































Categories: